WELCOME TO MY BLOG, TANPA MENGURANGI RASA HORMAT, SENGAJA SAYA PERSEMBAHKAN BLOG SEDERHANA INI UNTUK KITA SALING BELAJAR, BERBAGI DAN SPESIAL BLOG INI SAYA PERSEMBAHKAN UNTUK ISTRIKU TERCINTA, ARTINI ACHMAD,S.Pd

Rabu, 06 Februari 2013

Gara-gara Meninggalkan Solat, Jenazah Berubah Menjadi Babi Hutan

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.
Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.
"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."
Solat adalah suatu kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam, tidak kira ianya miskin,kaya,hamba atau merdeka, lelaki mahupun wanita untuk melakukannya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Ditegakkan Islam atas lima perkara : pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa dibulan ramadhan”.
Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa kewajipan solat amat penting dalam kehidupan seharian bagi setiap individu muslim. Bagi mereka yang meninggalkan solat adalah berdosa besar kerana ia menjadikan seseorang itu tidak ada keislamannya kecuali mengerjakan solat pada setiap waktu disamping menunaikan rukun Islam yang lain. Dalam ertikata lain, rukun Islam mestilah dikerjakan dan wajib menjadikannya sebagai amalan harian yang berkekalan, supaya tidak cacat sifat keislamannya sebagai seorang muslim.
Namun masih ramai dikalangan masyarakat Islam pada hari ini mengabaikan suruhan solat ini. Malah ada yang tidak pernah solat selama hidupnya. Masyaallah. Mereka sering melakukan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Islam seperti minum arak, judi, sabun ayam, menipu dan sebagainya. 
Kisah di atas tadi bro & sizta menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Di atas dunia lagi telah ditunjukkan balasan bagi orang yang meninggalkan solat. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah tersebut. Mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintah-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA iaitu menunaikan kewajipan solat lima waktu 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar